Wednesday, January 19, 2011

Tazkirah Renungan Bersama

Diantara hak-hak Allah yang utama adalah zakat yang merupakan hak harta. Orang yang tidak menunaikan zakat harta mereka akan disiksa denga harta itu dengan siksaan yang berat.

Dalam sahih Bukhari diriwayatkan bahawa Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda “ Barangsiapa yang Allah berikan harta lalu tidak menunaikan zakatnya, pada hari kiamat kelak hartanya akan diserupakan menjadi ular botak berbintik dua, yang dikalungkan padanya pada hari kiamat, kemudian ular itu berkata” Aku adalah harta mu, aku adalah simpananmu”.

Dalam Sahih Muslim diriwayatkan dari Abu Hurairah, yang mengatakan bahawa Rasulullah bersabda  “ Setiap pemilik EMAS dan PERAK yang tidak menunaikan hak hartanya itu, pada hari kiamat kelak, EMAS dan PERAK itu dijadikan lempengan yang dipanaskan di neraka jahannam,  lalu lambung,dahi dan punggung orang itu diseterika dengan itu. Setiap kali lempengan itu dingin, dipanaskan kembali. Terus begitu dalam satu hari yang lamanya sama dengan 50ribu tahun dunia, sampai Allah member keputusan di antara hamba-hambanya, sehingga orang itu melihat jalannya ke syurga atau neraka.

Renung-renungkan lah dan selamat menunaikan hak harta anda..selamat beramal

No comments:

Post a Comment